Pembunuhan Shinzo Abe
Pembunuhan Shinzo Abe

Pembunuhan Shinzo Abe

Pada 8 Julai 2022, Shinzo Abe, bekas Perdana Menteri Jepun dan ahli Dewan Perwakilan yang sedang berkhidmat, telah dibunuh ketika berucap pada majlis politik di luar Stesen Yamato-Saidaiji di bandar Nara, Wilayah Nara, Jepun.[2][3][4] Pada kira-kira jam 11:30 pagi JST (UTC+9), ketika sedang menyampaikan ucapan kempen untuk calon Parti Demokratik Liberal, Abe telah ditembak dari belakang pada jarak dekat oleh senjata api buatan sendiri.[1] Abe kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Perubatan Nara menggunakan sebuah helikopter perubatan, di mana beliau disahkan meninggal dunia.[5]Seorang suspek, Tetsuya Yamagami, ditahan di tempat kejadian kerana cubaan membunuh, yang kemudiannya ditahan atas tuduhan pembunuhan selepas kematian Abe. Yamagami memberitahu penyiasat bahawa beliau menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan (Unification Church) atas kemuflisan ibunya dan menembak Abe kerana percaya bahawa beliau rapat dengan kumpulan itu. Beliau menuduh Abe menyebarkan pengaruh gereja di Jepun.Pemimpin dari banyak negara memuji pencapaian Abe sambil menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas kematiannya.[6] Pembunuhan beliau adalah yang pertama dari bekas perdana menteri Jepun sejak Saitō Makoto dan Takahashi Korekiyo semasa Insiden 26 Februari pada tahun 1936.

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan Shinzo Abe //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://nordot.app/917988871027884032?c=3955018772... https://nordot.app/918069532928016384?c=3955018772... https://nordot.app/918072685062258688?c=3954674183... https://nordot.app/918118217387769856 https://nordot.app/918118238977638400 https://nordot.app/918121495447879680?c=3954674183... https://nordot.app/918135024858038272 https://nordot.app/918300801965473792?c=3954674183... https://www.sbs.com.au/news/article/true-friend-to...